Living With Generalized Pustular Psoriasis

HIDUP DENGAN ‘GENERALIZED PUSTULAR PSORIASIS’ (GPP)

DI SEBALIK KULIT

GPP BOLEH MEMBERI KESAN TERHADAP EMOSI DAN SOSIAL ANDA

Cara anda bersosial dan berinteraksi dengan orang yang tersayang mungkin akan berubah atau anda mungkin mengalami kebimbangan dan kemurungan.

Kebiasaannya, GPP akan memberikan kesan kepada hubungan anda. Walaupun kehidupan dengan GPP tidak mudah, adalah penting untuk anda ingat bahawa terdapat cara untuk membantu menguruskan penyakit anda

Anda tidak bersendirian. Hubungan dengan rakan dan keluarga juga dapat membantu anda. Komuniti dalam talian dan organisasi pesakit juga boleh membantu anda berhubung dengan orang lain yang turut menghidap GPP. GPP tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kehidupan anda jika simptom ini diurus dengan baik dan anda mendapat sokongan yang sepatutnya.

DENGAR PENGALAMAN PESAKIT GPP YANG LAIN

Perkongsian mengenai GPP boleh membantu orang yang menghidapi penyakit ini untuk lebih memahaminya. Tonton video di bawah untuk belajar daripada Christine, Brandon dan Dale tentang kehidupan mereka dengan GPP

KETAHUI LEBIH LANJUT

GPP boleh menjejaskan kesejahteraan anda. Sila tonton cerita dan video tentang GPP yang boleh membantu anda di bawah.

TONTON
When a flare happens

APABILA SERANGAN GPP BERLAKU

Serangan GPP boleh menjejaskan kehidupan anda dalam pelbagai cara. Tonton video untuk melihat sama ada anda mengalami pengalaman yang sama.
TONTON
Living with GPP

HIDUP DENGAN GPP

GPP mungkin menyebabkan anda rasa terasing, tetapi anda tidak bersendirian. Lihat bagaimana pesakit GPP yang lain mengurus penyakit ini.

PERBINCANGAN MENGENAI GPP

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENERANGKAN PENYAKIT GPP KEPADA ORANG DI SEKELILING SAYA?

Anda boleh membantu orang lain dengan menjelaskan bahawa GPP adalah penyakit yang jarang berlaku. Jadi tidak hairanlah, jika kebanyakkan orang tidak mengetahui tentang penyakit GPP ini. Bersikap terbuka mengenai penyakit ini boleh membantu pemahaman rakan dan keluarga anda —dan mungkin membantu anda berasa lebih baik untuk berkongsi pengalaman anda. Berikut adalah 3 cara mudah untuk menerangkan penyakit GPP kepada orang lain di sekeliling anda:

Number 1

IA ADALAH PENYAKIT IMUN

Number 2

IA TIDAK BERJANGKIT

Number 3

IA TIDAK DAPAT DIRAMALKAN DAN BOLEH MENYERANG PADA BILA-BILA MASA

Anda mungkin perlu memaklumkan rakan sekerja bahawa anda mungkin perlu duduk di rumah jika anda mengalami simptom walaupun bahagian kulit anda yang tidak bertutup kelihatan baik. Anda juga mungkin perlu memaklumkan rakan jika anda perlu membatalkan rancangan tanpa peringatan awal apabila serangan berlaku secara tiba-tiba. Ia juga boleh membantu anda untuk berkongsi perasaan tentang keintiman fizikal dengan pasangan anda.

MEMBERI SOKONGAN

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH ORANG TERSAYANG YANG MENGHIDAPI GPP?

Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menyokong seseorang yang hidup dengan GPP. Anda boleh bermula dengan selalu menghubungi mereka untuk bertanya tentang cara anda boleh membantu.

  • Bertanya khabar mereka agar mereka tidak berasa terasing

  • Meyakinkan mereka bahawa tiada masalah jika mereka perlu membatalkan atau menjadualkan semula rancangan pada saat akhir

  • Menggalakkan mereka untuk mendapatkan rawatan pada tanda pertama serangan

  • Menawarkan diri untuk mengambil ubat, membawa mereka berjumpa dengan doktor atau perkara lain yang mungkin mereka perlukan

Paling penting, pastikan mereka tahu bahawa anda ada bersama mereka dan mereka tidak sendirian.

Two women looking out into the distance

KETAHUI LEBIH LANJUT

Jika anda ingin tahu perkara yang boleh dilakukan untuk membantu mereka yang menghidap GPP, sumber berikut mungkin boleh membantu anda.

TONTON
When a flare happens

APABILA SERANGAN GPP BERLAKU

Serangan GPP boleh menjejaskan kehidupan anda dalam pelbagai cara. Tonton video untuk melihat sama ada anda mengalami pengalaman yang sama.